by

Ibu bapa mangsa sayu tak dapat bawa anak bersama

News Sources:

KLUANG: Ibu mangsa korban banjir di negeri ini sudah berasa tidak sedap hati beberapa hari sebelum kematian anak sulungnya, Ikmal Hakimi Mahasan, 21, yang ditemukan lemas di sungai Kampung Bentong kira kira 12.20 tengah hari kelmarin.

Bapa pelajar tahun dua Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) itu, Mahasan Mohd. Daud, 50, berkata, dia turut dihimpit perasaan serba tidak kena sebelum kematian anak­nya yang mesra dipanggil Kim itu pada hari yang sama.

IKMAL HAKIMI MAHASAN

“Kami sekeluarga kecuali Kim dalam perjalanan ke Kelantan dan sepanjang masa itu saya rasa sayu sebab tak dapat bawa dia bersama kami untuk merasai pengalaman menaiki keretapi Bukit Korek di Kelantan.

“Kim tak nak ikut kami ke Kelantan sebab dia ada kelas online dan akhirnya kami bertolak ke Selangor sebelum ke Kelantan.

“Pada 2 haribulan saya dapat bercakap kali terakhirnya de­ngannya. Kim kalau hendak ke mana mesti maklumkan kepada saya dan ibunya walaupun nak ke kedai sekalipun,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Suria, di sini semalam.

Mahasan berkata, pada pukul 9 pagi semalam dia yang bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Nyior bersama rakan dan penduduk kampung mencari Kim di sungai Kampung Bentong.

“Polis sampai kemudian kira-kira pukul 11 pagi dan mereka ternampak sesuatu objek dalam sungai. Sebelum ini orang kampung dah nampak objek berke­naan yang disangkakan tayar kereta sorong.

“Polis mengesahkan itu adalah tayar kereta dan apabila bomba sampai dan dari tempat terjunam itu memang betul Pe­rodua Axia biru dipandu anak saya,” katanya.

Katanya, pemeriksaan lanjut dalam kereta termasuk di bahagian bonet tidak menemui Kim dan dia berasa sedikit lega.

“Saya anggap berita gembira dan selang beberapa minit saya nampak anggota bomba berlari-lari, dan mereka kemudian memanggil dan saya buat pengecaman memang itulah Kim,” katanya.

Mahasan berkata, anaknya itu disifatkan sebagai seorang yang terbaik dan mende­ngar kata selain bercita-cita besar untuk menjadi seorang di­plomat di luar negara.

Anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan di sini kira-kira 6 petang kelmarin. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed