by

Ibu bapa perlu beri sokongan kepada anak calon SPM, SVM

News Sources:

KUALA LUMPUR – Para pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) tahun 2020 perlu diberi sokongan oleh ibu bapa
agar mereka sentiasa bersedia walaupun terpaksa melakukan persediaan itu di rumah.

Presiden Persatuan Kebajikan Pendidik Ummah Malaysia (Pendidik), Normala Sudirman berkata, berakhirnya sesi persekolahan secara bersemuka semalam memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menguruskan emosi masing-masing

“Mereka juga merupakan calon istimewa di mana mereka menghadapi peperiksaan besar ketika negara sedang melanda wabak Covid-19 yang menjejaskan pembelajaran murid-murid di sekolah.

“Ketika ini mereka memerlukan tempoh bertenang dan persiapan psikologi.

“Di samping itu, tempoh ini dapat membugarkan semula semangat pelajar agar lebih bermotivasi menghadapi detik peperiksaan tidak berapa lama lagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim menerusi pekeliling memaklumkan, sesi persekolahan secara bersemuka bagi semua calon peperiksaan SPM dan SVM tahun 2020 berakhir pada 9 Februari 2020.

Beliau memaklumkan sesi persekolahan ditamatkan lebih awal bagi memberi ruang kepada calon membuat persediaan kendiri sebelum peperiksaan bermula 22 Februari ini.

Sementara itu, Normala berkata, calon boleh menghubungi guru atau mengikuti kelas tambahan melalui Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) yang masih boleh berlangsung jika perlu.

“Pembelajaran kendiri langkah terbaik menghilangkan tekanan pelajar selain meredakan debaran menjelang peperiksaan.

“Masa ini boleh dimanfaatkan sebaiknya untuk mengulang kaji pelajaran selain memperbaiki kelemahan teknik menjawab soalan,” ujarnya. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed