April 17, 2021
by

Ibu dan anak gajah mati ketika dilahirkan di Ladang Mados, Mersing – JohorKini

News Sources:

ibu-anak-gajah-mati-lenggor-mersing.jpg

MERSING, 14 FEB: Seekor ibu gajah mati ketika melahirkan anaknya di Ladang Mados, Lenggor di sini pada Sabtu, menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban.

Salman berkata, kejadian itu disedari seorang kakitangan ladang tersebut pada jam 1.30 petang sebelum memaklumkan kepada Perhilitan Mersing.

“Susulan itu seramai tiga kakitangan Perhilitan Mersing bergegas ke lokasi bersama enam pekerja Ladang Mados bagi memantau keadaan.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati seekor gajah betina dalam proses melahirkan anak,” katanya, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 5 petang anak gajah itu tidak bergerak dan pemerhatian dijalankan mendapatinya sudah mati.

“Hanya kaki anak gajah yang terkeluar dan siasatan lanjut mengesahkan bahawa kedudukan anak gajah tersebut songsang dan mati disebabkan dystocia iaitu obstructed labour,” katanya.

Menurutnya, semasa cuba menyelamatkan anak gajah tersebut, perut ibu gajah itu dibelah tetapi mendapati ibu gajah juga telah mati.

Katanya, bangkai ibu dan anak gajah tersebut kemudian ditanam dalam kawasan ladang dengan bantuan pekerja ladang.

Johorkini

 



Post Views:
3







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed