by

Ibu dan anak jadikan kediaman mereka markas judi

News Sources:

BUKIT MERTAJAM – Keseronokan sekumpulan individu melepaskan gian berjudi terbantut selepas pihak polis menyerbu sebuah rumah teres di Taman Impian Murni di sini awal pagi tadi.

Serbuan jam 1 pagi yang diketuai Asisten Superintendan Johari Yahya itu membawa kepada tangkapan 21 individu termasuk dua beranak.

Difahamkan, seorang wanita berusia 49 tahun merelakan anaknya,26, menganjurkan aktiviti judi dengan alasan masih dalam musim perayaan.

Seramai 21 suspek ditahan berjudi di sebuah rumah teres di Taman Impian Murni, Bukit Mertajam hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kesemua suspek yang terdiri daripada 16 lelaki dan lima perempuan itu berusia lingkungan 21 hingga 41 tahun.

“Hasil pemeriksaan kita menemui set daun terup yang dipercayai digunakan bagi tujuan berjudi.

“Selain itu, kita juga merampas wang tunai berjumlah RM32,213 di mana RM2,900 di atas meja judi manakala bakinya wang pemain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wang tunai dipercayai hasil kegiatan perjudian yang dirampas polis.

Tambah Shafee, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan dan setiap seorang dikenakan kompaun RM1,000 kerana mengingkari peraturan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Runah Judi Terbuka 1953, Seksyen 4 (1) akta yang sama,” ujar beliau. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed