by

Ibu lapor polis curiga anak didera

News Sources:

ALOR SETAR: Curiga kemungkinan anaknya didera, seorang ibu berusia 30-an bertindak membuat laporan polis setelah dia tidak dibenarkan bertemu zuriatnya itu oleh keluarga mentua sendiri.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, laporan itu dibuat pengadu pada 12.30 tengah hari semalam setelah wanita tersebut gagal bertemu anak perempuannya yang berusia lima tahun, ketika berkunjung ke rumah keluarga mentua suaminya di sini, sehari sebelum itu.

“Ketika berkunjung ke rumah keluarga mentuanya, wanita berusia 30-an itu mendakwa anaknya telah dibawa lari keluarga suami bagi mengelakkan mereka berjumpa. Tindakan itu menimbulkan rasa curiga akan kemungkinan kanak-kanak itu didera keluarga suami.

“Sehubungan itu atas nasihat rakannya, wanita berkenaan membuat laporan polis. Polis kemudiannya mengeluarkan Borang POL 59 bagi membawa anak tersebut ke hospital untuk menjalani pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan bagaimanapun mendapati kanak-kanak tersebut tidak memiliki sebarang kesan cedera, selain berada dalam keadaan aktif dan ceria.

“Kanak-kanak itu tidak menunjukkan sebarang reaksi trauma atau takut terhadap ahli keluarga bapanya. Wanita itu juga kemudiannya berpuas hati dengan hasil pemeriksaan pihak hospital,” jelasnya.

Ahmad Shukri menambah, sebelum membuat laporan polis tersebut, wanita berkenaan turut menerima mesej WhatsApp daripada rakannya yang mendakwa anaknya itu sebenarnya tidak lagi tinggal bersama suaminya, sekali gus menyebabkan rasa curiga itu bertambah.

“Wanita itu mendakwa kanak-kanak tersebut diambil dan dijaga suami sejak 2018. Jadi apabila dia tidak dapat bertemu kanak-kanak itu, wujud perasaan bimbang mengenai apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed