by

Impian Daniel jadi kenyataan – Utusan Digital

News Sources:

Harimau Selatan bakal diperkuatkan  seorang lagi import, tiga pemain tempatan baharu

ISKANDAR PUTERI : Selepas namanya dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak beberapa bulan lalu, pemain tengah, Daniel Amier Norhisham akhirnya sah milik Harimau Selatan.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur berusia 23 tahun itu diperkenalkan oleh pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata,  juara Liga Super tujuh musim berturut-turut itu juga bakal menandatangani seorang penyerang import dan tiga pemain tempatan sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula.

Daniel Amier yang sebelum ini beraksi bersama Felda United mengikat kontrak dua tahun dan akan memakai jersi No. 16.

“Proses melengkapkan perpindahan pemain sudah mencapai tahap 95 peratus, cuma ada beberapa perkara perlu dimuktamadkan,” kata Tunku Ismail dalam  sidang akhbar di Ibu Pejabat Kelab Bola Sepak JDT, Gelang Patah hari ini.

Tunku Ismail berkata, pada hari ini juga JDT menandatangani bakat muda dari Indonesia yang akan dilaporkan oleh media asing di negara jiran itu.

“Bila kita beli pemain, mereka bukan hanya nampak di sini, mereka berada di merata-rata. Contohnya Endrick dos Santos yang sudah beraksi selama dua tahun di Pulau Pinang adalah pemain kami, malah kami ada pemain yang beraksi di luar negara.

“Siapa sahaja kita tandatangani di JDT, satu untuk kejayaan masa pendek atau pelan jangka panjang.

“Bintang muda inilah yang akan mengetuai JDT pada suatu hari nanti,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed