by

Individu sebar berita palsu banjir bakal dikenakan tindakan

News Sources:

KEMAMAN: Polis Terengganu memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan berita palsu mengenai bencana banjir.

Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, perbuatan segelintir golongan tidak bertanggungjawab itu hanya boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

“Pihak polis akan bertindak tegas dengan membuka kertas siasatan jika ada laporan polis dibuat.

“Tindakan menyebarkan perkara palsu atau tidak benar ini merupakan budaya yang tidak sihat dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan udara keadaan banjir di Kemaman dan Dungun di sini hari ini. 

Roslee berkata, individu yang melakukan kesalahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kemudaratan dan bencana. 

Dalam pada itu, katanya, pemerhatian melalui udara mendapati banjir di Kemaman dan Dungun masih belum menunjukkan tanda reda walaupun ada beberapa kawasan yang dikesan air mulai surut.

Katanya, bah turut menjejaskan dua balai polis iaitu Balai Polis Pasir Gajah di sini di samping Balai Polis Kuala Jengai di Dungun.

“Berdasarkan pemantauan bersama Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), air masih banyak di kawasan Air Putih dan Kampung Pasir Gajah di sini, bagaimanapun dengan cuaca yang bertambah baik, banjir akan pulih,” katanya.  -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed