by

Industri kreatif dibenar beroperasi dengan SOP ketat, kata Ismail Sabri

News Sources:

KUALA LUMPUR – Sektor industri kreatif dibenarkan beroperasi semula dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, berkuasa kuasa, 10 Februari ini.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengambil maklum tentang rayuan-rayuan daripada industri kreatif untuk dibenarkan semula beroperasi.

“Antara sektor industri kreatif yang dibenarkan beroperasi semula industri kreatif dibenar beroperasi dengan SOP ketat ialah produksi Animasi/ Muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio, pra-produksi penggambaran.

“Turut dibenarkan penggambaran di studio, merangkumi drama, telemovie, iklan, dokumentari, sitcom, livestreaming, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton,” katanya pada sidang media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, penggiat seni industri kreatif juga disarankan merujuk kepada laman sesawang MKN yang merujuk perincian SOP yang dikenakan.

“SOP terperinci boleh dirujuk di laman sesawang MKN https://www.mkn.gov.my/,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed