by

Ingkar SOP PKPP, 194 ditahan

News Sources:

PUTRAJAYA: Masih ramai yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Terbaharu semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 194 individu atas kesalahan tersebut dengan kesemuanya dikenakan kompaun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan itu ialah tidak memakai pelitup muka (84), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (74) dan gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (25).

Menurut beliau, sebanyak 40,389 pemeriksaan dilaksanakan kelmarin melibatkan 2,861 Pasukan Pematuhan dengan kekuatan 12,511 anggota. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed