by

Instagram Bale bercanggah dengan kenyataan – Mourinho

News Sources:

LONDON: Pengendali Tottenham, Jose Mourinho berkata, status yang dimuatnaik Gareth Bale dalam Instagram beberapa hari lalu ‘bercanggah’ dengan kenyataan, sambil menegaskan pemain antarabangsa Wales itu telah mengadu mempunyai isu kecergasan.

Bale yang dipinjam daripada Real Madrid diketepikan ketika Spurs tewas 4-5 kepada Everton dalam saingan Piala FA, Rabu lalu selepas tidak menyertai latihan pada Isnin dan meminta menjalani imbasan pada keesokan hari selepas mengadu tidak selesa.

Pemain berusia 31 tahun itu, yang berusaha untuk memberi impak apabila kembali ke Spurs juga tidak digunakan ketika Tottenham menang 2-0 ke atas West Brom dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.

Walaupun tidak tersedia untuk perjalanan ke Goodison Park (bertemu Everton), namun Bale mengemas kini Instagram sehari sebelum perlawanan dengan status mengelirukan: “Sesi yang baik hari ini.”

Akibatnya, Mourinho dihujani soalan mengenai Bale, termasuk kesediaannya menjelang perlawanan menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City esok (1.30 pagi Ahad waktu Malaysia).

“Sejak awal musim, dalam isu Gareth Bale saya cuba bersikap sangat peribadi dan menyimpan segala-galanya untuk pengetahuan sendiri tetapi saya merasa perlu menangani situasi ini.

“Mungkin bukan dia yang memuatnaik status itu, saya tidak tahu. Tapi yang ditulis dalam Instagram sama sekali ‘bercanggah’ dengan realiti. Ia ‘salah sama sekali’,” kata Mourinho.

Mourinho memberitahu, Bale mengadu tidak ‘tidak selesa’ dan minta untuk menjalani rawatan susulan.

“Dia melakukan imbasan, imbasan tidak menunjukkan kecederaan tetapi perasaannya masih tidak seronok, jadi jurulatih meminta dia bertemu pakar sains sukan dan perubatan.

“Jadi dia tidak bersedia untuk perlawanan itu. Sekiranya dia siap untuk esok (menentang Manchester City), dia dipilih untuk esok,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed