by

Intelek tawar kelas tambahan percuma untuk calon SPM

News Sources:

KUALA LUMPUR – Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijemput untuk mengikuti kelas tambahan secara percuma melalui Facebook Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek).

Intelek merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menjalankan aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial di dalam usaha membantu para pelajar yang bakal menduduki SPM yang akan bermula 22 Februari 2021.

Sehingga kini, Intelek telah menyediakan sebanyak 10 kelas tambahan yang diberikan secara percuma kepada semua calon SPM.

Kelas diadakan secara langsung melalui Facebook Intelek oleh guru-guru yang berpengalaman dan guru cemerlang bagi subjek yang disediakan.

Setiausahanya, Muhammad Akmal Fitry Suhaimi berkata, NGO itu berhasrat untuk membuat ulangan kelas tambahan sesi kedua sebelum calon-calon SPM menduduki SPM tidak lama lagi.

”Program ini mendapat permintaan kerana ada di antara ibu bapa yang terputus sumber kewangan, ada di antara calon-calon yang tidak mampu untuk mendapatkan kelas tambahan.

”Oleh itu, Intelek berusaha untuk membantu calon-calon yang ada di antara mereka terkesan dalam membuat persediaan menghadapi SPM mereka,” katanya di sini.

Intelek juga akan memulakan sesi jelajah motivasi ke sekolah-sekolah yang berminat (tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau secara maya) untuk membantu para pelajar yang bakal menduduki SPM tahun 2021 membuat persediaan yang telah tertangguh lebih daripada setahun.

Calon-calon SPM 2021 juga akan dibantu dengan suntikan semangat dalam menyesuaikan diri dengan norma baharu pasca Covid-19.

Maklumat penuh boleh didapati di Facebook pertubuhan ini bagi mereka yang berminat. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed