by

IPK Johor kontinjen pertama lengkap isi borang E-Census

News Sources:

JOHOR BAHRU: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor muncul kontinjen pertama di Malaysia yang melaksanakan program Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (E-Census) ke atas kesemua 12,267 pegawai, anggota dan kakitangan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah itu melibatkan 10 jabatan, tujuh formasi dan 13 daerah di seluruh negeri ini.

Ujar beliau, perkara tersebut telah dilengkapkan pihaknya pada 24 November lalu.

“Program bancian penduduk ini telah dimulakan kerajaan sejak Julai lalu. Bagi menggalakkan pegawai dan anggota IPK Johor mengisi borang secara atas talian ini, kita telah melaksanakan Klinik E-Census.

“Klinik ini diadakan sebanyak tiga kali iaitu masing-masing pada 27 Ogos, 27 September dan 27 Oktober lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis E-Census di IPK Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Johor, Wan Mohd. Shahrulnizam Wan Mohd. Najuri.

Ayob Khan turut memberitahu, penganjuran program Klinik E-Census berkenaan adalah untuk membimbing tatacara pengisian borang secara atas talian sesuai dengan situasi semasa melibatkan pandemik Covid-19 ketika ini. – UTUSAN

The post IPK Johor kontinjen pertama lengkap isi borang E-Census appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed