by

Ismail Sabri buat laporan berhubung video fitnah

News Sources:

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis berhubung dua video tular didakwa memfitnah beliau.

Setiausaha akhbarnya, Azlina Md. [email protected] berkata, pihaknya mendapati terdapat dua akaun Facebook, ‘Anwar Ibrahim PM Rakyat’ dan ‘Anina Saadudin’ memuat naik video menunjukkan Ismail Sabri menyampaikan sidang akhbar harian Covid-19 pada 14 April lalu untuk tujuan mengelirukan rakyat.

Katanya, selain itu perkongsian video itu cuba menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan berkaitan tiada lagi saman dan kompaun jika pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sebaliknya rakyat akan terus dipenjarakan.

“Video itu dimainkan semula pada 7 dan 8 Februari lalu walhal kerajaan telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam pelaksanaan SOP.

“Video kedua tular, ‘Sendiri Buat SOP Sendiri Langgar’ adalah rakaman Datuk Seri (Ismail Sabri) hadir dalam majlis santai bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan pada 16 September lalu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Azlina yang mewakili Ismail Sabri tiba di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 11.45 pagi. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed