by

Israel sekat penghantaran vaksin CoVid-19 ke Gaza

News Sources:

GAZA: Pihak Berkuasa Palesin (PA) menuduh Israel menyekat penghantaran vaksin Covid-19 ke Semenanjung Gaza, menyaksikan tiada seorang pun penduduk Palestin di wilayah itu sudah menerima suntikan.

Lapor Reuters, PA cuba menghantar 2,000 dos vaksin keluaran Rusia iaitu Sputnik V dari Tebing Barat ke Gaza semalam, namun dihalang oleh tentera Israel di pondok keselamatan.

Tentera Israel kemudiannya memaklumkan program vaksinasi tidak dibenarkan di Semenanjung Gaza yang ketika ini mempunyai kira-kira 1.9 juta penduduk.

Pihak berkuasa Israel dalam pada itu memaklumkan bekalan dos yang bakal dihantar oleh PA tersebut masih dalam pemeriksaan dan surat kebenaran belum dikeluarkan.

PA menjelaskan pihaknya membuat permohonan untuk menghantar dos vaksin ke Gaza dalam tempoh terdekat selepas 10,000 dos vaksin Sputnik V tiba di Tebing Barat pada 4 Februari lalu.

“Hari ini, sebanyak 2,000 dos vaksin Sputnik V dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza, namun proses penghantaran dihalang oleh tentera Israel atas alasan kesemua vaksin tersebut  belum mendapat kelulusan.

“Bekalan vaksin ini adalah untuk para petugas perubatan di Gaza yang bertungkus-lumus menjaga pesakit Covid-19,” jelas pegawai PA.

PA mula memberikan suntikan vaksin kepada petugas kesihatan di Tebing Barat pada 2 Februari lalu selepas menerima bekalan vaksin keluaran Moderna.

Kesemua vaksin tersebut kemudiannya dihantar semula ke Ramallah kerana perlu disimpan dalam suhu sejuk.

Halangan tersebut menjadi cabaran untuk memastikan semua penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menerima suntikan vaksin Covid-19.

Rejim Zionis mengawal semua pintu keluar dan masuk ke Tebing Barat dan di kebanyakan kawasan pesisir pantai serta kawasan darat yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza.

Sebelum ini, beberapa kumpulan hak asasi manusia Palestin mengkritik Israel kerana mengecualikan populasi Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza daripada program vaksinasi mereka.

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed