by

Isteri pemandu lori rugi RM21,000 terjerat cinta Facebook 

News Sources:

BUTTERWORTH: Suri rumah berusia 53 tahun di sini yang juga isteri kepada pemandu lori rugi lebih RM21,000 selepas dipercayai terjerat dalam penipuan cinta palsu dalam laman Facebook semalam.

Mangsa yang merupakan warga Thailand itu dikatakan menyerahkan wang simpanan dan wang milik suaminya selepas teruja ditawarkan hadiah oleh ‘kekasih’ dalam taliannya itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa dipercayai terjerat dalam sindiket parcel scam selepas dia berhubung dengan ‘lelaki’ tersebut pada 12 Disember lalu melalui aplikasi Messenger.

“Wanita itu teruja apabila jejaka berkenaan menawarkannya hadiah berupa wang tunai dalam dolar Amerika Syarikat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya menerima panggilan daripada individu yang mendakwa wakil syarikat kurier yang mahu menghantar bungkusan hadiah tersebut, namun, dia perlu membuat pembayaran terlebih dahulu kononnya untuk pelepasan cukai.

Tambahnya, tanpa berfikir panjang, mangsa telah membuat tujuh transaksi memindahkan wang ke dalam satu akaun yang diberikan suspek pada Sabtu dan Ahad lalu.

Bagaimanapun, jelas Noorzainy, wanita itu menyedari ditipu selepas suspek berterusan meminta wang meskipun selepas dia telah menyerahkan wang simpanan dan wang milik suaminya berjumlah RM21,630.

“Mangsa tampil membuat laporan polis semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed