by

Isu status agama isteri pemain hoki disiasat

News Sources:

JOHOR BAHRU: Isu status agama melibatkan wanita Malaysia penganut Islam yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemain hoki asing masih dalam siasatan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi kepada Utusan Malaysia.

“Masih dalam siasatan,” katanya dengan ringkas di sini hari ini.

Isu status agama wanita itu timbul selepas dia melangsungkan perkahwinan dengan mengikut acara keagamaan selain Islam di kampung halaman suaminya di Punjab, India.

Difahamkan wanita itu berasal dari Johor.

Mengikut laporan sebuah berita wanita berusia 27 tahun itu berjaya mendapatkan permohonan khas daripada kerajaan Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India untuk terbang ke New Delhi.

Pemain itu kali pertama bertemu isterinya yang menyaksikan perlawanan ketika dia mengetuai satu kejohahan pada 2012.

Menurut laporan itu lagi, pasangan itu dijadualkan berkahwin pada April lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana penularan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

The post Isu status agama isteri pemain hoki disiasat appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed