by

Jabatan Kebajikan Masyarakat cari waris dua beradik

News Sources:

IPOH: Waris dua beradik berusia 11 dan sembilan tahun yang ditinggalkan penjaga sejak empat tahun lalu sedang dikesan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kampar.

JKM dalam kenyataannya berkata, dua beradik yang dikenali sebagai Puteri Zahrah dan adik lelakinya, Aril dijumpai ditinggalkan di kolam pancing ikan di Kampung Ayer Hitam Labu pada 10 Februari 2017.

ARIL

Katanya, kanak-kanak itu kini berada di bawah jagaan Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar.

“Sepanjang tiga tahun ditempatkan di rumah kanak-kanak itu, tiada mana-mana individu yang tampil sebagai ahli keluarga mereka. 

“Waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pelindung JKM Daerah Kampar, Ruzanna Rahmad di talian 05-4653133,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed