by

Jakim hormati bidang kuasa negeri

News Sources:

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak akan mencampuri siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung ajaran Agama Melayu yang dibawa oleh bekas wartawan, Wan Noor Hayati Wan Alias atau lebih dikenali sebagai Ibu Yati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya perlu menghormati siasatan yang dijalankan oleh jabatan agama negeri sebelum tindakan susulan diambil.

“Ini (tindakan perundangan) di bawah bidang kuasa negeri, itu kita kena hormati.

“Kita akan ikut proses dalam mengenal pasti apa isu yang terkait dengan ajaran tersebut,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan Program Musa’adah Covid-19 kepada 12 mualaf Cina sempena Tahun Baharu Cina, di Kompleks Islam, hari ini.

Pada 4 Februari lalu, JAIS mengesahkan telah memanggil Ibu Yati bagi membantu siasatan berhubung fahaman Islam Melayu yang dikaitkan dengan wanita tersebut.

Sebuah media melaporkan sumber JAIS yang memaklumkan Ibu Yati dipanggil Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS pada 3 Februari lalu.

Fahaman itu menjadi perbualan warga maya baru-baru ini selepas tersebar rakaman video yang memaparkan seorang wanita dipercayai Ibu Yati melafazkan iLa Ha iLa Ra iLa Ma dan aku Melayu sebanyak tujuh kali sebelum kemudiannya membuat paluan gong dalam sebuah upacara.

Ia didakwa ajaran sesat terbaharu di negara ini.

Dalam pada itu, Zulkifli tidak menolak kemungkinan selepas ini akan diadakan mesyuarat antara Jakim dan jabatan agama Islam.

“Kita akan teliti dengan sebaik mungkin dalam masa terdekat, akan ada perbincangan secara serius.

“Apa-apa pun masalah ini, Jakim akan buat satu kenyataan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed