by

Jalan Segamat-Kuantan ditutup akibat tanah runtuh

News Sources:

JOHOR BAHRU: Jalan di Kilometer (KM) 63 dan 73 Kuantan-Segamat ditutup buat sementara untuk semua jenis kenderaan bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih jalan, hari ini. 

Menurut kenyataan oleh Media Jabatan Kerja Raya (JKR) Pusat, keputusan tersebut diambil selepas berlaku tanah runtuh di jalan berkenaan akibat hujan lebat pagi tadi. 

Katanya, kira-kira pukul 10 pagi, berlakunya kejadian tanah runtuh di KM 63 dan 73 Jalan Kuantan-Segamat akibat hujan terlalu lebat dan air yang deras turun dari bukit berhampiran. 

“Bagaimanapun, kejadian ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa ataupun kemalangan kenderaan di lokasi.

“Kerja-kerja pembaikan jalan dan alihan serta cucian tanah runtuh dalam proses untuk dijalankan oleh syarikat Menta. Buat masa ini, Jalan di KM 63 & 73 Kuantan/Segamat ditutup untuk semua  kenderaan,” kata kenyataan hari ini. 

Menurut kenyataan itu lagi, pengguna jalan raya dinasihat menggunakan jalan alternatif sementara bagi mereka yang hendak ke Segamat atau ke Pekan dan Kuantan, Pahang. 

“Bagi pengguna dari arah Segamat, semua pengguna jalan raya dilencongkan ke Jalan Leban Chondong (Muadzam Shah) ke Rompin melalui Nenasi dan menuju ke Pekan atau Kuantan.                                             

“Sementara itu, bagi mereka dari arah Gambang dan Kuantan pula, pengguna  dilencongkan ke Jalan Pekan melalui Paloh Hinai menuju ke Bandar Pekan dan ke Leban Chondong, Rompin menuju ke Muadzam Shah dan ke Segamat,” katanya. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed