by

Jana pendapatan dengan buat kek dan roti

News Sources:

JOHOR BAHRU: Golongan wanita khususnya suri rumah disaran menceburi perniagaan membuat bakeri roti dan kek sebagai kerjaya bagi menjana pendapatan lumayan.

Pengerusi Belia 4B Tebrau, Rizal Rahmat berkata, pihaknya mengambil pendekatan menganjurkan bengkel kemahiran membuat roti dan kek sebagai pendedahan kepada golongan tersebut.

Menurut beliau, masyarakat kini tidak boleh berpeluk tubuh menunggu rezeki, sebaliknya mereka perlu berusaha termasuklah menceburi bidang perniagaan.

“Program ini julung kali dianjurkan bertujuan menjana ekonomi golongan berpendapatan sederhana. Sebanyak 30 peserta terlibat dan mereka terdiri dalam kalangan belia malah wanita golongan B40 kebanyakannya suri rumah.

“Kita membantu mereka dengan memberi ilmu masakan yang dibimbing chef profesional,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Kelas Roti 1.0 anjuran Gerakan Belia 4B Malaysia Tebrau di Balai Raya Kampung Sri Aman di sini semalam.

Kelas secara percuma itu berjaya menarik minat seramai 30 peserta terutama suri rumah daripada golongan B40 bagi menambah ilmu membuat kek dan roti serta aspek pemasaran.

Menurut Rizal, peserta turut diberi ilmu masakan roti, puding dan kek di samping pendedahan pemasaran produk secara ringkas tetapi berkesan.

“Kami menumpukan program untuk meningkatkan sektor ekonomi dan Insya-Allah ia akan diteruskan pada masa akan datang, bagi bidang bidang lain pula

“Selain itu sektor kemahiran dan perniagaan lain juga sedang dalam perancangan,” katanya.-UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed