by

Jana pendapatan menerusi Rezeki Tani KADA

News Sources:

PASIR PUTEH: Seramai 41 petani di daerah ini hari ini menerima bantuan dalam bentuk pelbagai jenis peralatan bernilai RM10,000 setiap seorang bagi tujuan membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masing-masing.

Bantuan tersebut disalurkan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menerusi program Rezeki Tani KADA.

Pengerusi KADA, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, nilai peralatan diagihkan kali ini adalah sebanyak RM410,000 dan bantuan tersebut diharapkan dapat melahirkan lebih ramai usahawan PKS di negeri ini.

“Industri hiliran seperti penghasilan makanan ringan berasaskan produk pertanian sekarang ini berjaya dipasarkan di pasar raya dan stesen minyak di seluruh negara.

“Jadi kita harap penerima berjaya memanfaat bantuan yang disalurkan termasuk bimbingan kepakaran dan teknikal oleh pihak KADA,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Rezeki Tani KADA di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cherang Rotan, di sini.

Dalam perkembangan lain, Kamarudin memberitahu, KADA akan berusaha meluaskan kawasan operasinya di sekitar daerah ini, Rantau Panjang Tumpat dan Machang dalam membantu membela lebih ramai petani.

“Keluasan kawasan operasi KADA sejak kebelakangan ini terjejas apabila tanah sawah terutama di kawasan pinggir bandar ditebus guna oleh pemilik untuk projek pembangunan khususnya pembinaan rumah kediaman.

“Keluasan sebenar kawasan dikendalikan kita ialah lebih 26,000 hektar (ha) namun sekarang ia susut kepada 10,000 ha,” katanya.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed