by

Jangan jadikan jawatan GLC harta rampasan perang’

News Sources:

IPOH: Kerajaan negeri dicadang mewujudkan satu jawatan kuasa khas dalam melantik pegawai tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mengelak jawatan itu dijadikan ‘harta rampasan perang’ parti politik yang menguasai kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How berkata, Jawatankuasa Kepimpinan Tadbir Urus GLC negeri boleh ditubuhkan dalam menangani isu itu.

“Saya mengakui perkara ini tidak dapat ditangani sewaktu kita menjadi kerajaan PH (Pakatan Harapan) memandangkan jawatan tertinggi dalam GLC seperti ‘rampasan perang’. 

“Kalau menang perang pilihan raya, kita dapat ‘rampasan perang’ yang diberi kepada ahli-ahli parti iaitu jawatan-jawatan GLC ini. 

“Saya rasa dalam kesempatan yang kita ada, keterbukaan politik yang telah kita lakarkan daripada bajet ini, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2021 Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Katanya, jawatankuasa yang ditubuhkan itu boleh dianggotai oleh ADUN kerajaan dan pembangkang dan mereka akan memilih individu yang layak bagi menduduki jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan jawatan tertinggi lain dalam GLC.

“Kebanyakan jawatan tertinggi di dalam GLC dipegang oleh rakan-rakan dari parti pemerintah, mereka kawan saya juga, saya dah kenal mereka tetapi dalam soal nak reformasikan institusi.

“Dengan pertukaran kepimpinan dalam kerajaan, baik kita ubah cara urus tadbir GLC sekarang yang agak parah, agak sakit yang perlukan rawatan,” katanya.

Howard berkata, beliau tidak menafikan kemampuan pemimpin GLC negeri yang ada ketika ini, cuma dalam keadaan semasa yang getir ketika ini perkara itu agak sukar. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed