by

Jangan panik beli barangan keperluan- KPDNHEP Selangor

News Sources:

SHAH ALAM: Masyarakat dinasihatkan untuk tidak melakukan pembelian panik kerana boleh memberi kesan kepada kekurangan bekalan barangan keperluan dalam pasaran.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, situasi pembelian panik tidak sepatutnya berlaku kerana hasil pemantauannya mendapati bekalan barangan di semua sektor peruncitan mencukupi. 

Menurutnya, pihaknya telah melakukan pemantauan barangan membabitkan 280 peruncit terpilih daerah, 119 pemborong terpilih daerah dan 32 pengilang terpilih daerah seluruh negeri.

“Hasil pemantauan mendapati semua premis perniagaan di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit masih beroperasi seperti biasa dan telah menyumbang kepada kestabilan dan keberadaan barangan keperluan di dalam pasaran.

 “Keadaan ini berbeza ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu yang mana kebanyakan premis perniagaan terpaksa ditutup dan memberi kesan kepada keberadaan bekalan barangan keperluan dalam pasaran.

Kita sentiasa memantau secara harian barangan keperluan pengguna bagi memastikan semua keperluan sentiasa mencukupi dan mudah diperolehi di pasaran serta mampu menampung keperluan pengguna secara berterusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas lanjut, Muhamad Zikril Azan berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan di 15,171 premis perniagaan yang meliputi pemborong, pembekal, pasaraya, pasar mini dan kedai runcit serta pasar awam sejak 18 Mac sehingga 31 Disember tahun lalu. 

“Jumlah keseluruhan aduan yang diterima ialah 2,453 aduan yang mana 2,237 berkaitan harga barangan dan isu barang keperluan asas (216) bagi tempoh yang sama.

“Sementara itu, sebanyak dua aduan berkaitan kekurangan barangan keperluan asas dan 20 aduan berkaitan harga barangan keperluan diterima bagi tempoh 1 hingga semalam,” ujarnya.

 Tambahnya lagi, pihaknya akan memastikan bahawa tidak berlakunya sebarang manipulasi harga dalam kalangan peniaga yang boleh membebankan rakyat serta pengguna. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed