by

Jangan risau tentang kedudukan saya

News Sources:

LONDON – Jurgen Klopp meminta semua pihak tidak perlu merisaukan tentang diri dan kedudukannya dalam kelab Liverpool ekoran prestasi buruk pasukannya sejak akhir-akhir ini.

Pengurus Liverpool itu menafikan khabar angin di media sosial yang mendakwa dia sudah bersedia untuk meninggalkan kelab Anfield itu.

The Kops tewas dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut musim ini, sekali gus keciciran mata dan turun ke tangga keenam dalam carta liga domestik.

Kekalahan terbaharu di Anfield kepada Manchester City menyebabkan Liverpool ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu liga itu.

“Apakah saya akan dipecat atau akan tinggalkan kelab ini seperti yang dibincang dalam media sosial… saya tidak memerlukan rehat.

“Semua pihak di luar sana tidak perlu risau mengenai kedudukan saya di kelab ini,” kata Klopp.

Klopp baru-baru ini telah kehilangan ibu kesayangannya dan tidak dapat pulang ke tanahairnya di Jerman untuk menyertai upacara pengkebumiannya berikutan larangan perjalanan rentas sempadan.

Bagaimanapun pengurus the Reds itu menerima sokongan padu dari peminat kelab itu yang menaikkan banting sebagai tanda solodaritinya.

“Banting itu menarik, tetapi tidak diperlukan.. saya tak perlukan sokongan khas buat masa ini.

“Perkara terakhir yang saya ingin lakukan adalah membincangkan tentang isu sulit dalam sidang media tetapi berdepan masa yang sukar,” katanya.

Klopp pada Ahad mengisytiharkan misi pasukannya dalam mempertahankan gelaran EPL musim ini berakhir selepas kalah 3-1 kepada skuad Pep Guardiola.-MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed