by

Jangan sebarkan berita palsu – Timbalan Gabenor Jakarta

News Sources:

JAKARTA: Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria menggesa rakyat untuk tidak menyebarkan maklumat tidak benar atau berita palsu berkaitan tragedi pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Pulau Seribu, semalam.

Lapor CNN Indonesia, Ahmad Riza meminta semua pihak untuk menunggu maklumat sahih daripada pihak berkuasa yang mempunyai data tepat mengenai nahas itu.

“Dalam situasi seperti ini, adalah amat penting untuk kita tidak menyebarkan maklumat tidak benar apatah lagi berita palsu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pagi tadi, ahli politik dari parti Gerinda memantau operasi mencari serpihan dan mangsa tragedi pesawat Sriwijaya Air SJ 182 di pusat Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) di Jakarta.

Ahmad Riza juga meninjau kawasan pencarian berdekatan Pulau Lancang, yang dianggap sebagai lokasi nahas.

Kerajaan wilayah itu juga mengerahkan gabungan pasukan antaranya terdiri daripada Kementerian Pengangkutan, pasukan mencari dan menyelamat, pasukan bomba dan penyelamat dan agensi ketenteraan awam Jakarta.

Pesawat Sriwijaya Air dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak, Kalimantan Barat terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Pesawat itu yang membawa seramai 62 penumpang termasuk 12 anak kapal dikhuatiri terhempas antara Pulau Male dan Pulau Lancang, Kepulauan Seribu, Jakarta.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed