by

JAS Pulau Pinang tahan dua kontena sisa buangan elektrik dan elektronik

News Sources:

GEORGETOWN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri menahan dua buah kontena di Pelabuhan Pulau Pinang, di sini selepas didapati mengandungi buangan elektrik dan elektronik yang diimport secara haram dari Sepanyol serta Filipina.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, kontena itu ditahan dalam pemeriksaan yang diketuai beliau semalam dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menurut beliau, kedua-dua kontena itu ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Sekiranya sabit kesalahan, pengimport boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 dan mandatori penjara tidak melebihi lima tahun.

“Notis arahan juga akan dikeluarkan oleh JAS untuk menghantar pulang kontena-kontena ini ke negara asal selaras keperluan Artikel 9(2) Konvensyen Basel berkaitan Kawalan Pergerakan Bahan Berbahaya Dan Pelupusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak 2018, JAS Pulau Pinang telah menghantar pulang lebih 100 buah kontena yang mengandungi buangan elektrik dan elektronik serta lain-lain sisa berjadual yang diimport secara haram dari luar negara ke negara ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed