by

JDT tubuh pasukan hoki ais

News Sources:

KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menerokai pelbagai sukan lain dan bakal menubuhkan pasukan hoki ais.

Menurut kenyataan Johor Southern Tigers, sebuah gelanggang hoki ais akan dibina bersebelahan Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismail di Iskandar Puteri.

Sebelum ini, jenama JDT merangkumi pasukan tinju dan telah  menjuarai pelbagai anugerah di peringkat Asia melalui Muhammad Farkhan Haron yang mengetuainya.

Ia adalah satu perancangan jangka panjang untuk mengukuhkan jenama JDT di peringkat antarabangsa.

Hoki ais ialah sukan berpasukan dimainkan di atas gelanggang ais yang memerlukan puck dimasukkan dalam gol lawan dengan menggunakan kayu pemukul.

Sukan yang biasanya berlangsung di dalam dewan popular di Kanada, Eropah tengah dan timur, negara Nordik, Rusia dan Amerika Syarikat.

Hoki ais adalah sukan musim sejuk rasmi Kanada. Di samping itu, hoki ais juga banyak dimainkan di Belarus, Croatia, Republik Czech, Finland, Latvia, Slovakia, Sweden, dan Switzerland.

Pasukan hoki ais ditubuhkan di Malaysia pada 2006 dan kini berada di ranking 53 dunia.

Antara pencapaian terbaik negara ialah naib juara Piala Cabaran Asia pada tahun 2008 dan pingat gangsa Sukan SEA 2017.

Skuad negara juga sepatutnya menyertai Kejohanan Dunia pada tahun lepas namun terpaksa ditangguhkan kerana penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed