by

Jejaka Inggeris pilihan Dr. Amalina

News Sources:

PETALING JAYA: Pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri sah bergelar isteri kepada seorang jejaka Inggeris, Alexander Charles pada Rabu baru-baru ini di London.

Pasangan itu akhirnya disatukan setelah menangguhkan majlis perkahwinannya sebanyak tiga kali sebelum ini.

Majlis akad nikah anak kelahiran Malaysia itu dan pasangannya berlangsung di sebuah masjid di London.

Dalam laman media sosial, Dr. Amalina berkata, mereka berharap untuk meraikan hari yang bahagia itu dengan insan tersayang dan rakan-rakan kelak.

Menurut Dr. Amalina, rancangan awal pasangan itu untuk mengadakan majlis perkahwinan di Malaysia pada Mac lalu dan di United Kingdom pada Jun ini namun mereka mengambil keputusan untuk menangguhnya sehingga pasti semua orang boleh menghadirinya.

“Alhamdulillah, majlis nikah telah berlangsung di London Central Mosque, 31 Mac lalu.

“Walaupun telah menangguhkan pernikahan kami sebanyak tiga kali berikutan perintah berkurung, kami lega kami dapat mengadakan majlis yang ringkas yang dihadiri beberapa ahli keluarga dan teman rapat,” katanya dalam akaun Twitter.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed