by

Jenayah kartel daging kesalahan serius – PKR Johor

News Sources:

JOHOR BAHRU: Kerajaan menerusi agensi penguatkuasaan berwajib perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung pendedahan kartel daging import yang dipercayai turut melibatkan pegawai kerajaan.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, sekiranya benar terdapat kakitangan kerajaan terlibat, ia adalah satu kesalahan yang amat serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Jelasnya, hal itu kerana perbuatan demikian bukan sahaja tidak bertanggungjawab, tetapi lebih teruk lagi ia menjejaskan imej industri halal negara.

“Kegiatan ini tidak berbeza dengan insiden di negara lain yang memproses beras dan telur palsu demi keuntungan maksimum. Mereka sanggup memberi orang ramai makan makanan yang kotor, amat menjijikkan sekali.

“Justeru kami mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Majlis Agama Islam Negeri Johor dan lain-lain agensi berwajib bertindak.

“Tindakan tegas dan keras perlu diambil terhadap individu terlibat tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya juga berharap kerajaan dapat memberi jaminan kepada rakyat khususnya masyarakat Muslim di negara ini bahawa perkara sedemikian tidak akan berulang.

Difahamkan kartel yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti terbabit menawarkan habuan wang tunai dan seks bagi melindungi dan memastikan kegiatan mereka boleh dijalankan dengan bebas.

Wee Tse turut memberitahu, masalah rasuah di negara ini dilihat sudah semakin parah apabila ia bukan sahaja melibatkan status halal, tetapi juga aspek kebersihan kerana tidak dipantau mengikut tatacara sepatutnya.

“Walaupun bukan seorang Muslim, namun saya sedar status halal merupakan satu perkara yang sensitif dan penting buat mereka kerana ramai dalam kalangan rakan saya merupakan orang Islam.

“Saya difahamkan mengikut agama Islam, amalan ibadah sukar diterima jika penganutnya memakan makanan haram atau status halal yang diragui,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu, status halal di negara ini bukan sahaja memberi kesan kepada masyarakat Muslim, tetapi juga masyarakat bukan Muslim yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan dalam pemakanan mereka. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed