by

Jenazah bakal pengantin selamat dikebumikan

News Sources:

KUALA LUMPUR: Sayu. Begitulah suasana yang menggambarkan majlis pengebumian bakal pengantin, Naim Hariri Kamaruddin, 31 yang dilaporkan lemas di Marang, Terengganu sabtu lalu.

Suasana itu terus menyelubungi kawasan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Gombak dan Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira pada jam 10.20 pagi tadi.

Saudara-mara, Kenalan dan sahabat handai mula memenuhi kawasan perkuburan dan turut kelihatan tunang Allahyarham, Fatin Nabila Huda Ismail, 27 sugul mengiringi jenazah.

Terdahulu, mayat Naim Hariri ditemui pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai Kampung Alur Tuman, Marang jam 8.55 pagi tadi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan lemas di Pantai Kelulut, dekat Marang.

Jenazah Allahyarham berangkat dari Terengganu kira-kira pada jam 10 malam tadi dan tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 4 pagi tadi. Jenazah Naim Hariri telah disembahyangkan di kediaman ahli keluarganya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed