by

Jiran bergaduh isu tanaman, parkir kenderaan

News Sources:

PETALING JAYA:  Gara-gara tidak berpuas hati dengan kawasan tanaman dan masalah parkir kenderaan, dua keluarga jiran bergaduh di Shah Alam dekat sini, semalam.

Kejadian itu  berlaku kira-kira pukul 3 petang pada Jumaat lalu di taman perumahan Seksyen 24. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, polis menerima dua laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam pergaduhan itu.

Katanya, kesemua yang terlibat dipanggil untuk diambil percakapan dan siasatan lanjut dijalankan setelah laporan polis diterima.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 269, Seksyen 148, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) PPPB 2021 iaitu kesalahan dibawah pelanggaran prosedur operasi standard PKP yang boleh membawa hukuman penjara dan juga denda.

“Bagaimanapun, kedua-dua keluarga berjiran dalam insiden berkenaan bersetuju berdamai dan menarik semula laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. 

Baharudin, berkata, polis bagaianapun  masih meneruskan siasatan secara adil dan saksama meskipun kedua dua pihak telah menarik semula laporan polis itu.

Ujar beliau, kertas siasatan akan dirujuk ke Kamar Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera bagi mendapatkan keputusan tindakan lanjut.

“Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan secara melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan pelanggaran undang undang. 

“Mana-mana pihak dinasihatkan tidak mengambil sebarang kesempatan didalam isu ini demi perpaduan sejagat,” katanya.

Kejadian berkenaan dirakam seorang daripada jiran tersebut sehingga tular dalam media sosial semalam.

Video berdurasi empat minit empat saat itu menunjukkan berlaku perselisihan faham melibatkan tiga indivudu berkaitan beberapa pasu diletakkan di kawasan rumah seorang daripada mereka.

Tindakan itu menyebabkan pemilik kawasan itu keluar sehingga membaling pasu itu sebelum berlaku kekasaran melibatkan beberapa individu.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed