by

Jodoh Zulin dah sampai? – Utusan Digital

News Sources:

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular, Zulin Aziz, 31, bakal berkongsi berita baik ekoran tular satu gambar beserta kapsyen berbaur menamatkan zaman bujang di Instagram milik usahawan, Anas Zahrin.

Walau bagaimanapun, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, hanya menjawab ringkas dan padat.

“Nantikanlah…selangkah lebih dekat. Nanti saya kongsi bila sampai masanya,” katanya seloroh kepada Utusan Malaysia.

Mengintai ruangan komen pada gambar berkapsyen “Assalamualaikum dan bismillah” diikuti tanda pagar one step closer yang dimuat naik oleh usahawan berkenaan, rata-rata dihujani komen tahniah. Malah, Zulin dan Anas saling berbalas Instastory.

Dalam perkembangan penglibatan kerjaya seni pula, Zulin akan berehat sementara waktu ini kerana mahu memberi tumpuan pada tanggungjawab lain.

“Tentang dunia lakonan saya nak rehat kejap sampai lepas hari raya. Lagipun, saya memang suka merancang dalam setahun sasar dua ke tiga drama dan fokus pada bisnes program kurus serta kerja-kerja belakang tabir.

“Buat masa sekarang ini selesa bekerja belakang tabir dari rumah sahaja. Almaklumlah masih lagi was-was untuk bekerja di luar apatah lagi kalau ramai orang.

“Untuk lakonan, saya masih lagi menunggu karya-karya yang lain dari zon selesa. Kalau watak yang sama, rasa kurang cabaran. Oleh itu, kalau ada tawaran watak sama lagi, kemungkinan akan dipertimbankan,” jelasnya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed