by

Johnny, anjing penjaga taman paya bakau mati dilanggar kenderaan

News Sources:

LUMUT: Seekor daripada dua anjing liar yang dilatih dan kemudiannya dijadikan haiwan pemantau oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Taman Paya Bakau dekat sini, ditemukan mati hari ini dipercayai dilanggar kenderaan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan dalam Facebook rasmi MPM hari ini, menyatakan Johnny dan Puppy merupakan anjing liar yang telah dilatih untuk menghalau monyet yang cuba keluar dari taman tersebut dan memastikan tidak ada penceroboh yang masuk ke situ. 

“Johnny juga menjadi peneman setia pengawal keselamatan dan sangat rapat dengan kakitangan MPM yang bertugas di Taman Paya Bakau ini.

“Lesen anjing telah dipasangkan kepada Johnny dan Puppy tetapi malangnya Johnny dapat berkhidmat sementara sahaja bersama MPM.   

“Terima kasih Johnny di atas khidmat dan taat setia yang telah diberikan. Johnny dalam ingatan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, akhbar ini menyiarkan berita mengenai kehadiran Johnny dan Puppy yang dilatih khusus untuk mengusir monyet liar di situ daripada berkeliaran di lokasi yang dikhususkan untuk pengunjung.

Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, dua ekor anjing tersebut dilesenkan di bawah Undang-undang Pelesenan Anjing (MPM) 1993 bagi menjaga taman itu serta melindungi pengunjung daripada gangguan monyet dan haiwan liar lain.

Katanya, sebelum ini, kehadiran monyet liar dalam bilangan yang banyak mengganggu pengunjung termasuk merampas makanan dibawa serta mencuri beg tangan.

Menurut beliau, Johnny, anjing jantan dan pasangannya, Puppy, bertindak sebagai pengusir monyet selain mengawasi jika ada haiwan berbisa lain seperti ular kapak, yang ada di taman paya bakau ini,  daripada mengganggu orang ramai. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed