by

Johor atasi semua negeri kes Covid-19

News Sources:

PUTRAJAYA: Johor buat pertama kali merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu 607 kes.

Peningkatan kes di Johor dipengaruhi kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Choh yang melaporkan sebanyak 374 kes.

Selangor pula merekodkan 472 kes diikuti Sabah sebanyak 280 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian baharu negara pula, sebanyak 1,870 kes yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 110,485 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 22,562 kes.

“Sehingga kini, terdapat 131 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat enam kematian membabitkan pesakit berusia 45 tahun hingga 69 tahun dan lapan kluster baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed