by

Johor catat peningkatan Covid-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam

News Sources:

JOHOR BAHRU: Johor menyaksikan pertambahan bilangan kes positif Covid-19 paling tinggi dalam tempoh 24 jam dengan 105 kes baharu dicatat semalam, paling tinggi sejak pandemik ini melanda negara awal tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, 73 daripada kes tersebut daripada 18 kluster aktif sedia ada.

Katanya, sementara itu 19 kes dikesan daripada saringan kontak rapat dan 13 kes daripada lain-lain saringan.

“Setakat semalam, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Johor adalah 2,467 kes dengan 1,507 daripadanya pulih iaitu melibatkan 61.1 peratus.

“Jumlah kluster aktif di Johor pula kekal 18 kluster setakat semalam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Antara kluster tersebut ialah Kluster Gemilang, Kluster Kempas, Kluster Langkasuka, Kluster Makmur, Kluster Kiambang dan Kluster Batu 7.

Tambah beliau, peningkatan kes yang dilaporkan disebabkan pencarian kes secara aktif (ACD) dan aktiviti survelans yang dipertingkatkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi mengekang penularan secepat mungkin.

“Orang ramai diingatkan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu dan mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat gejala seperti demam, batuk, sukar bernafas dan lain-lain.

“Masyarakat juga diingat mengurangkan aktiviti sosial manakala bagi mereka yang sering berulang-alik ke kawasan zon merah, digalakkan menjalani ujian Covid-19 di mana-mana fasiliti kesihatan awam atau swasta,” katanya. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed