by

Johor sasar peningkatan hasil padi menerusi teknologi – JohorKini

News Sources:

BATU PAHAT, 7 FEB: Kerajaan negeri Johor menyasarkan peningkatan hasil padi sebanyak satu setengah kali ganda menerusi teknologi ‘Humid Acid’ yang dilaksanakan sejak April tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Samsolbari Jamali, teknologi itu sudah digunakan di sembilan jelapang padi di seluruh Johor.

“Penggunaan teknologi humid asid berkenaan mampu mengawal keasidan tanah yang menjadi masalah petani di selatan.

“Sebelum ini kesemua kawasan sawah yang menanam jenis padi MR269 menggunakan kapur bagi mengawal keasidan tanah dan mempunyai masalah pengeluaran padi yang kurang,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian selepas melihat hasil teknologi humid asid di sawah padi, Kampung Sawah Sagil, Ayer Hitam, di sini.

Katanya, selain humid asid, teknologi dron turut digunakan bagi menabur baja pada waktu siang dan malam, malah teknologi jentera tuai yang lebih ringan dan tidak merosakkan tanah sawah juga digunakan.

“Walaupun Johor adalah negeri kedua terkebelakang dalam pengeluaran hasil padi negara, selain mempunyai kekangan keluasan tanah bagi penamaman, teknologi’ humid acid’ mampu meningkatkan pengeluaran padi di Johor selepas ini.

“Di Johor, terdapat sembilan kawasan sawah padi membabitkan 900 pesawah dengan keluasan 2,900 hektar antaranya Batu Pahat, Muar, Tangkak, Kota Tinggi dan Mersing,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kelompok Sawah Sagil, Azlan Arsat, berkata dia mengakui yang teknologi terbaharu ini mampu meningkatkan kesuburan padi dan hasil pengeluaran.

“Apa yang kita mahukan adalah kepuasan setelah melihat hasil padi yang meningkat dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memperkenalkan teknologi ini.

“Pesawah di sini menyambut baik dengan keberhasilan usaha berkenaan kerana secara tidak langsung dapat mempertingkatkan pendapatan masing-masing,” katanya.

Johorkini

 



Post Views:
2





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed