by

Johor seiring kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinan Muhyiddin – JohorKini

News Sources:

JOHOR BAHRU, 2 APR: Kerajaan Johor memberi jaminan akan terus seiring dan menyokong perancangan yang dilakukan kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, sokongan itu bagi memastikan program kerajaan dapat dilaksanakan mengikut jadual.

Menurutnya, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri akan memastikan segala perancangan kerajaan pusat dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Pendekatan dan kaedah yang diamalkan kerajaan akan kita teruskan untuk meletakkan kepentingan kerajaan dan rakyat di barisan paling hadapan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional (PN) Johor di Putrajaya, Rabu lalu.

Muhyiddin berkata, setakat ini tiada keputusan berhubung penarikan sokongan tersebut kerana parti itu lebih memikirkan soal menjaga kemaslahatan di Johor.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pelantikan ketua kampung, Hasni menjelaskan, pelantikan itu merupakan pendekatan yang tidak berbentuk politik.

“Pelantikan hanya untuk memastikan rakyat diwakili ketua kampung yang benar-benar dapat memikul amanah dan bertanggungjawab dengan sebaik mungkin.

“Jadi, tiada isu soal pelantikan ketua-ketua kampung ini. Saya telah memaklumkan kepada pegawai daerah untuk memantau dan memastikan tanggungjawab serta tugas diberikan dapat dijalankan,” katanya.

Johorkini



Post Views:
2





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed