by

Jualan Proton 2020 meningkat – Utusan Digital

News Sources:

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Berhad (Proton) mencatat kadar jualan lebih tinggi pada 2020 apabila berjaya menjual 109,716 kenderaan pada tahun tersebut.

Jualan itu 8.8 peratus le­bih tinggi berbanding jumlah 100,821 yang berjaya dicatat pada 2019.

“Pemacu utama pertumbuhan jualan Proton adalah model Persona, Iriz, Exora dan Saga (PIES) manakala Proton X50 melebihi jangkaan walaupun pelancarannya terpaksa ditangguhkan.

“Kesemua model PIES telah dikemas kini secara meluas pada 2019 dan pelaburan itu memberi hasil de­ngan setiap model mencatatkan penjualan lebih tinggi walaupun tahun ini dijejaskan oleh pandemik Covid-19,” kata syarikat itu dalam kenyataan dekat sini semalam.

Satu lagi segmen yang menyumbang kepada peningkatan jualan Proton ialah eksport apabila syarikat itu berjaya mencatatkan pertambahan eksport sebanyak 49.8 peratus, membolehkan ia mengatasi trend industri automotif Malaysia yang dijangka menguncup sebanyak 13 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkata, kejayaan meningkatkan prestasi pada 2020 adalah hasil kegigihan warga syarikat itu dalam mengharungi tahun yang sangat mencabar.

“Prestasi kami disokong oleh banyak faktor termasuk kepercayaan dari pelanggan, sokongan oleh kerajaan, komitmen daripada vendor, ketahanan pihak penjual dan ke­tekunan kakitangan,” katanya.

Saga menjadi model terbaik Proton dengan jualan 46,527 unit, menjadikan ia model dengan jualan kedua tertinggi bagi kategori sedan segmen A.

Tiga lagi model: Persona, Exora dan X70 tampil sebagai model dengan jualan tertinggi bagi kategori masing-masing.

Persona menjuarai kategori sedan segmen B dengan jualan 23,917 unit; Exora mencatat jualan tertinggi untuk MPV segmen C dengan 5,849 unit manakala X70 menjadi kenderaan utiliti sukan segmen C paling banyak terjual dengan 21,944 unit.

Sementara itu, dua model facelift baharu keluaran Proton iaitu Iriz dan Persona 2021 telah menerima penarafan lima bintang ASEAN Program Penilaian Kenderaan Baharu (NCAP).

Dalam kenyataan ringkas menerusi laman webnya, ASEAN NCAP memberitahu penilaian terhadap kedua-dua kenderaan dijalankan di bawah sistem penarafan bagi tahun 2017-2020. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed