by

Jumpa ketua polis untuk pujuk bekas isteri

News Sources:

JAKARTA: Seorang lelaki di Indonesia sanggup berjumpa dengan ketua polis semata-mata mahu berbaik semula dengan bekas isterinya agar kembali hidup bersamanya.

Lapor Tribunnews, lelaki yang dikenali RA ingin bertemu dengan ketua polis wilayah Kepulauan Bangka Belitung.

Dilaporkan, RA turut membawa beberapa senjata tajam termasuk kapak bersamanya dalam pertemuan itu.

Ketua Perhubungan Awam Polis Kepulauan Bangka Belitung, Maladi berkata, RA merupakan bekas suami kepada salah seorang polis wanita yang bertugas di balai polis tersebut. 

“RA ingin berjumpa dengan ketua polis untuk meminta agar bekas isteri dan anaknya kembali kepadanya.

“Namun, bekas isterinya sudah bernikah dengan orang lain dan RA tidak dapat menerima perkara itu,” katanya. 

Jelas Maladi, RA sebelum ini pernah beberapa kali mengugut suami kepada bekas isterinya, termasuk mengancam untuk melakukan kekerasan.

Ekoran itu, lelaki tersebut tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Pangkalpinang. 

“Sementara itu, RA sedang disiasat dan kesemua senjata tajam dimilikinya dirampas dan telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Pangkalpinang,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed