by

Jururawat maut dirempuh lori – Utusan Digital

News Sources:

JASIN: Jururawat KPJ Ampang Puteri maut selepas kenderaan yang dipandunya dirempuh sebuah lori dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di kilometer 181.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa, Shahidah Talip, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari Melaka ke Johor Bahru.

“Setiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai telah bergesel dengan sebuah lori dan terbabas dalam keadaan melintang di tengah jalan.

“Pada masa sama, terdapat sebuah lagi lori dari arah sama gagal mengelak kereta mangsa dan merempuh bahagian kanan kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan.

“Mangsa yang merupakan seorang jururawat di KPJ Ampang Puteri, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Khushairy Deraman berkata, mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 4.44 pagi oleh sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh.

“Apabila sampai, kita dapati mangsa seorang wanita telah tersepit di bahagian pemandu, namun, disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed