by

Juruterbang hasilkan imej jarum suntikan di langit

News Sources:

FRANKFURT: Seorang juruterbang muda di Jerman membuat pergerakan berbentuk imej jarum suntikan gergasi di langit, bagi menandakan bermulanya proses vaksinasi memerangi Covid-19 di negara tersebut.

Samy Kramer, 20, seorang juruterbang amatur berkata, dia merancang laluan yang perlu diambil secara teliti terlebih dahulu bagi mewujudkan kesan imej itu di langit Baden-Wuerttemberg.

Manuver itu termasuk melakukan beberapa pusingan 90 darjah dalam penerbangan yang mengambil masa selama sejam 40 minit dan meliputi kawasan sekitar 280 kilometer (km).

Katanya, imej jarum suntikan itu boleh dilihat di laman sesawang Flightradar.

“Saya mahu memberikan mesej kepada orang ramai mengenai vaksin untuk memerangi wabak Covid-19 kini sudah tersedia,” katanya.

Jerman melancarkan kempen vaksinasi Covid-19 secara rasmi semalam namun suntikan pertama vaksin telah diberikan pada sehari sebelum itu.

Seorang wanita warga emas yang berusia 101 tahun, Edith Kwoizzala, menjadi individu pertama di Jerman menerima suntikan vaksin Covid-19. – AFP





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed