by

Juventus intai khidmat Mkhitaryan

News Sources:

ROM – Juventus kini mula mengalih perhatian kepada bintang perancang tengah AS Roma, Henrikh Mkhitaryan.

Ia ekoran kontrak Mkhitaryan bersama Roma akan berakhir pada akhir musim ini.

Bagaimanapun, Mkhitaryan masih belum memulakan rundingan pembaharuan kontraknya bersama AS Roma.

Situasi itu membuka ruang kepada pasukan the Old Lady itu untuk mencuba nasib memancing bekas bintang Manchester United yang berasal dari Armenia itu.

Sejak menyertai Roma secara pinjaman pada musim 2019 dari Arsenal dan secara tetap musim ini, pemain berusia 32 tahun itu menjaringkan sembilan gol dan menghasilkan lapan bantuan jaringan sekaligus membantu pasukannya menduduki tempat keempat dalam carta liga.

Laporan di Itali mengatakan Roma sedang meneliti klausa yang membolehkan kontrak bersama Mkhitaryan diperbaharui secara automatik untuk setahun lagi.

Bagaimanapun, ejen pemain itu Mino Raiola menuntut Roma menaikkan gaji Mkhitaryan kepada £2.64 juta setahun (£51,000 seminggu) di Stadio Olimpico.

Jika kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat, Mkhitaryan sedia menerima tawaran Turin dan menyertai Juventus.-MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed