by

Kabinet Trump rancang penyingkirannya – Utusan Digital

News Sources:

WASHINGTON: Ahli-ahli Kabinet Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berbincang sebarang kemungkinan untuk menyingkirkan Trump dari White House selepas para penyokongnya merusuh di bangunan Capitol.

Perbincangan itu merujuk kepada Pindaan Ke-25 dalam Perlembagaan AS yang membenarkan penyingkiran presiden oleh timbalan presiden serta Kabinet sekiranya Trump dinilai ‘tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab dan tugasnya dengan baik’.

Langkah itu memerlukan timbalan presiden, Mike Pence mengetuai Kabinet bagi mengundi penyingkiran Trump.

Barisan kepemimpinan Republikan menyifatkan Trump kini ‘sudah diluar kawalan’.

Sikap degil Trump yang sehingga kini enggan menerima kekalahannya dalam pilihan raya presiden lepas mencetuskan pelbagai persoalan mengenai keupayaannya menerajui White House.

Selain itu, pemimpin parti Demokratik juga menggesa supaya pindaan itu dilaksanakan bagi mengawal keadaan untuk memudahkan Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden AS yang baharu pada 20 Januari ini. – AFP





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed