by

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 kurang daripada satu

News Sources:

PUTRAJAYA – Semua negeri menunjukkan perkembangan positif dengan kadar kebolehjangkitan (Rt) kurang daripada satu seperti unjuran pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, ia dapat dilihat apabila kes positif harian Covid-19 menunjukkan penurunan.

“Nilai Rt di seluruh negara ialah 0.88, manakala di Selangor mencatatkan nilai Rt 0.89 dan Sabah pula kini menunjukkan penurunan iaitu 0.77. Kita sasarkan Sabah dapat mencapai nilai Rt 0.5.

“Labuan pula nilai Rt sudah mencecah 0.59 dan ini adalah perkembangan yang baik. Diharapkan Labuan dapat kekalkan nilai kebolehjangkitan pada paras berkenaan.

“Di Putrajaya nilai Rt adalah 0.79, diikuti Terengganu iaitu 0.88,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Noor Hisham tetap meminta orang ramai kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian Covid-19. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed