by

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 menurun – KKM

News Sources:

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R0) menurun pada 0.92 daripada 0.94 semalam selepas berada atas 1.0 untuk seluruh negara sepanjang minggu lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, jika nilai R0 adalah 1, ia bermaksud setiap 10 orang yang dijangkiti virus itu berpotensi menyebarkannya kepada 10 orang lain.

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 R0/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 7 Feb 2021 untuk seluruh negara turun lagi kepada 0.92,” kata KKM menerusi Twitternya hari ini.

Dalam pada itu, KKM menyasarkan untuk mencapai R0 di bawah 0.6.

Berdasarkan maklumat mengikut negeri, Melaka melaporkan kadar tertinggi R0 iaitu 1.17.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan R0 atas 1.00 adalah Selangor (1.10), Kuala Lumpur (1.03), Johor (1.09), Melaka (1.17), dan Pulau Pinang (1.07). – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed