by

Kajian Israel menunjukkan 94% vaksin Pfizer efektif

News Sources:

JERUSALEM – Kajian ke atas lebih setengah juta penduduk Israel menunjukkan vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Pfizer/BioNTech memberi perlindungan kira-kira 94 peratus terhadap virus tersebut.

Perkhidmatan Kesihatan Clalit, penyedia perkhidmatan terbesar di Israel berkata, dalam satu kajian yang dijalankan seramai 600,000 orang telah diberikan dua dos vaksin tersebut.

Manakala 600,000 orang lagi belum diberi vaksin.

“Terdapat penurunan 94 peratus pada kadar jangkitan simptomatik dan penurunan 92 peratus pada kadar penyakit serius dibandingkan dengan 600,000 orang yang tidak diberi vaksin.

“Keberkesanan vaksin dikekalkan pada semua peringkat umur, termasuk mereka yang berumur lebih 70 tahun,” tambahnya.

Seramai 3.8 juta penduduk Israel telah menerima dos pertama manakala 2.4 juta lagi mendapat suntikan kedua.

Israel yang mempunyai 9 juta penduduk kini sedang melonggarkan sekatan pergerakan kali ketiga yang dijalankan.

Ia mensasarkan untuk memastikan penduduk yang melebihi usia 16 tahun mendapat vaksin pada akhir bulan depan.

Hasil penerbitan itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk bahawa vaksin ini sangat efektif dan mencegah kesakitan yang serius,” kata Clalit.

Kajian itu merangkumi individu yang telah menerima kedua-dua dos sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum diuji, dan akan diperluas di masa depan.

Ketepatan akan bertambah baik apabila subjek diuji setelah 14 hari atau lebih selepas menerima dos kedua, katanya.

Israel setakat ini hanya bergantung pada vaksin Pfizer/ BioNTech, walaupun ia memiliki stok kecil vaksin yang dibangunkan oleh firma bioteknologi Moderna. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed