by

Kajian klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19 21 Februari ini

News Sources:

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin Covid-19  akan bermula pada 21 Januari ini di sembilan hospital Kementerian Kesihatan di bawah kelolaan Pusat Kajian Klinikal masing-masing. 

Kata Perdana Menteri, kajian klinikal yang pertama dilakukan di negara ini dijangka melibatkan seramai 3,000 sukarelawan dan Malaysia bakal menjadi negara pertama di luar negara China untuk kajian calon  vaksin inactivated Covid-19 vaccine buatan Institute of Medical  Biology Chinese Academy of Medical Sciences, China (IMBCAMS).

Menurut beliau,  kesemua keperluan regulatori termasuk kelulusan etika dari  Medical Review & Ethics Committee (MREC) dan Clinical Trial Import License (CTIL) dari NPRA telah diperoleh pada  8 Januari lalu. 

“Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga telah meluluskan pendaftaran  vaksin Covid-19 yang dihasilkan syarikat farmaseutikal, Pfizer. 

“Justeru, Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin  Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari ini,” katanya dalam perutusan khas, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, sebagai persediaan awal bagi memastikan pengagihan vaksin Covid-19 kepada rakyat berjalan lancar apabila bekalan  diperoleh, Kementerian Kesihatan telah membangunkan Pelan Program Imunisasi  Covid-19 Kebangsaan. 

Katanya, bagi mencapai imuniti kelompok, sebanyak 60 hingga 70 peratus atau 20 hingga 23 juta populasi Malaysia perlu dberikan vaksin Covid-19.  

Buat masa ini, kata beliau, kerajaan telah pun menandatangani perjanjian awal  dengan fasiliti Covax, syarikat Pfizer dan AstraZeneca bagi  perolehan vaksin untuk mendapatkan jaminan bekalan sebanyak 40 peratus liputan populasi. 

Kerajaan juga, kata Muhyiddin, sedang  dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan  Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah  melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta. 

“Kerajaan akan pastikan hanya vaksin yang memenuhi ciri-ciri  keselamatan, berkualiti dan berkesan akan didaftarkan dan  digunakan di Malaysia.

“Proses penilaian ini dibuat oleh  Jawatankuasa Penilaian Produk NPRA untuk kelulusan dan Pihak Berkuasa Kawalan  Dadah bagi tujuan pendaftaran sebelum vaksin Covid-19 tersebut  boleh digunakan di Malaysia,” katanya.  

Perdana Menteri pada masa sama mengingatkan seluruh rakyat untuk terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 

Katanya, walaupun negara akan menerima bekalan vaksin tidak lama lagi,  tetapi itu  bukan satu-satunya langkah pencegahan dan pastinya bukan untuk  penyembuhan.

“Pencegahan paling utama adalah dengan diri kita sendiri  melakukan amalan mencuci tangan menggunakan sabun dengan  kerap, gunakan hand sanitizer sekiranya tiada punca air yang  berdekatan, pakai pelitup muka ketika berada di tempat-tempat  awam, jaga jarak fizikal dan elakkan dari bersentuhan. 

“Bersama, kita berpeluang untuk membendung dan  memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 daripada  menjadi lebih teruk. 

“Saya beri jaminan bahawa kerajaan akan lakukan yang  terbaik untuk memberi perlindungan kepada seluruh rakyat dan memohon kepada anda semua untuk lakukan yang  terbaik untuk melindungi diri masing-masing, komuniti dan  masyarakat,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed