by

Kalah bukan sebab ‘psikologi’ – Utusan Digital

News Sources:

LONDON: Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menafikan, masalah psikologi adalah punca pasukannya kalah pada separuh akhir Piala Liga hari ini.

Dia sebaliknya menyifatkan Manchester City sebagai lawan yang sangat bagus, malah pasukan terbaik England ketika ini.

Jaringan John Stones dan Fernandinho membawa City melangkah ke final Piala Liga keempat berturut-turut, menempah pertemuan dengan Tottenham pada April.

Red Devils pula dikecewakan dalam empat saingan separuh akhir berturut-turut bermula dengan Piala Liga, Piala FA serta Liga Europa musim lalu.

“Bukan soal psikologi. Kadangkala anda berdepan pasukan bagus di separuh akhir dan kami pula kurang baik.

“Kami menentang pasukan terbaik di England ketika ini dan kami tidak cukup bagus untuk melawan mereka.

“Manchester City boleh menjaringkan banyak gol hebat, anda kena terima hakikat itu.

“Kami pula melepaskan dua gol mudah dalam situasi bola mati, ia amat mengecewakan,” kata Solskjaer. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed