by

Kamal Adli lamar Uqasha Senrose

News Sources:

KUALA LUMPUR: Pelakon, Kamal Adli membuat kejutan apabila melamar Uqasha Senrose secara langsung ketika Anugerah MeleTop Era 2020 malam tadi.

Ketika menyampaikan anugerah, Kamal tiba-tiba melutut dan melafazkan lamarannya sehingga membuatkan Uqasha terkedu.

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?” ujar Kamal sambil menyerahkan sebentuk cincin kepada teman wanitanya itu.

Terkejut dengan lamaran tersebut, Uqasha pada mulanya menganggap itu adalah promosi untuk drama baharu mereka.

Kamal kemudiannya mengulangi soalan sama dan Uqasha tanpa ragu terus menjawab “Yes!” sebagai tanda setuju untuk menerima lamaran teman lelakinya.

Hubungan cinta dua pelakon ini mula bertebaran ketika mereka kelihatan cukup serasi dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.

Sebelum ini, beberapa artis antaranya Awal Ashaari dan Scha Alyahya serta Hairul Azreen dan Hanis Zalikha turut menbuat kejutan lamaran secara langsung di layar kaca.

The post Kamal Adli lamar Uqasha Senrose appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed