by

Kane sambut bayi Tahun Baharu

News Sources:

LONDON: Sambutan Tahun Baharu 2021 amat bermakna buat kapten England,
Harry Kane apabila isterinya, Kate selamat melahirkan anak ketiga mereka pagi tadi.

Penyerang Tottenham itu berkongsi berita gembira tersebut dalam Instagram sambil muat naik gambar bersama kapsyen: “Anak lelaki saya yang comel baru sahaja tiba. Louis Harry Kane.

“Tiada yang lebih membanggakan saya selain isteri saya. Cara paling istimewa menamatkan 2020. Selamat Tahun Baharu semua…”

Pasangan itu sudah pun mempunyai dua anak perempuan, Ivy Jane berusia tiga tahun dan Vivienne Jane, setahun.

Rakan sepasukan England, Marcus Rashford orang terawa mengucapkan tahniah kepada Kane dalam Twitter.

Ia sambutan paling sempurna buat keluarga Kanes dan menyuntik semangat Harry berdepan cabaran 2021 terutama dalam karier bola sepaknya.

Selain komitmen keluarga yang semakin bertambah, Kane juga berharap dapat memacu kejayaan Spurs dan England.

Skuad Jose Mourinho masih bersaing dalam empat kejohanan termasuk menentang Brentford pada separuh akhir Piala Liga minggu depan.

Kane yang menyinar bersama Spurs menjaringkan sembilan gol dan mencipta sepuluh bantuan jaringan dalam 15 aksi Liga Perdana musim ini.

Dia turut mengetuai cabaran England yang dikendalikan Gareth Southgate bagi menghadapi Euro 2020.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed